Indotimes.co.id – Berikut Ini Lirik Lagu Hanya Satu Persinggahan – Saleem Iklim :

Di sini kasih pernah berbunga
Tiada harum tiada warna
Di sini cinta pernah membara
Tanpa bahang dan tanpa apinya

Begini yang kurasa
Hidup kita berdua

Di sini langit mendung selalu
Tiada cahya menyinariku
Di sini aku tiada berdaya
Mengikut kata tanpa bicara

Kerana engkau tahu
Aku tidak sepadan denganmu

Hubungan kita suatu persinggahan
Bukan pengabadian yang rela
Pemergianku, oh, kerana terpaksa
Demi hidup yang lebih sempurna

Anggaplah kehadiranku
Hanya satu persinggahan
Aku tidak menjanjikan
Mahligai impian
Sebagaimana kau harapkan

Biarlah jauh dari pandangan
Daripada dekat penuh siksa
Biar berduka biar melara
Dari sengketa sepanjang masa

Janganlah engkau harap
‘Ku menghambakan diri

Nanti kau tahu ertinya sepi
Bagaikan pisau menghiris hati
Nanti kau tahu ertinya rindu
Bagai tersusuk duri sembilu

Batin akan tersiksa
Jasad pasti merana olehnya

Hubungan kita suatu persinggahan
Bukan pengabadian yang rela
Pemergianku, oh, kerana terpaksa
Demi hidup yang lebih sempurna